Sulit
4 tahun
Bolehkah Sifilis Berjangkit Tanpa Hubungan Kelamin?
Saya telah 8 tahun berkahwin. Sebelum berkahwin, saya dan isteri telah menjalankan ujian hiv, sifilis dan telasimia dan semuanya NEGATIF.
Saya tidak ada sebarang simptom yg boleh kaitkan saya dengan penyakit ini. Saya juga tidak ada melakukan hubungan seks dengan orang lain selain isteri saya sepanjang perkahwinan kami.
Tapi baru2 ini saya di dignose ada sifilis. Yang peliknya saya tidak ada melakukan hubungan seks selain dr isteri saya. Jadi ini semua menjadi tanda tanya kepada kami suami isteri.
Bolehkah penyakit sifilis ini berjangkit melalui sentuhan lain selain dari sentuhan hubungan seks?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, penyakit sifilis boleh disebarkan melalui:
- Hubungan seksual (rambang, tidak menggunakan perlindungan dan sering bertukar pasangan)
- Lahir daripada ibu yang positif sifilis
- Melalui darah seperti transfusi darah atau terdedah kepada darah individu yang positif sifilis dan masuk kedalam luka
Ini hanyalah penerangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami amat galakkan anda untuk berjumpa doktor untuk berbincang mengenai perkara ini dan seterusnya membuat pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pendapat kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui panggilan telefon, panggilan audio atau chat. Terima kasih.



































