
Sulit
5 tahun
Bolehkah susu omega diambil oleh ibu yg menyusukan bayi
Saya berumur 29 tahun …baru2 ni saya ada buat scan abdomen dan doktor bagitahu yang hati sy berlemak(fatty liver)ianya mgkin disebabkn kolestrol sy lebih paras normal dengan bacaan 5.5…bolehkah sy ibu yang menyusukn bayi mengambil susu omega nestle utk menurunkan kolestrol?ank sy skrg berumur 1 tahun 3 bln…dan ini sebagai ikhtiar selain mengambil makanan yg sihat…saya sudah bertanyakn soalan kepada pihak susu omega ni tetapi mereka beritahu bahawa tiada ujian klinikal bg ibu hamil dan menyusu…dan mereka minta rujuk doktor trlebih dahulu…adakah akn ada kesan sampingan jika ambil susu ni?dan kalau boleh ,minta doktor senaraikan cara terbaik untuk menurunkan kolestrol…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tiada kajian saintifik samada ia boleh memudaratkan bayi yang disusui atau sebaliknya. Jika anda ingin mengurangkan kolestrol. Selain daripada susu supplemen, anda boleh melakukan perkara berikut. Antaranya:
- bersenam 30 min setiap hari untuk 5 hari
- makan makanan yang kurang kolesterol
- mengambil rawatan perubatan antikolesterol, namun rawatan ini memerlukan preskripsi daripada doktor
- tidak merokok, minum arak
Kurangkan berat anda jika berlebihan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.