Sulit
2 tahun
Bolehkah teruskan pengambilan pil perrancang selepas gunakan pil kecemasan?
saya berumur 28 tahun,4 bulan selepas melahirkan.lupa makan pil perancang noriday selama 4 hari berturut tetapi tidak bersama suami semenjak hari pertama memulakan pil perancang tersebut.Tetapi semalam saya ada bersama bersuami.Keesokan harinya saya mengambil pil kecemasan…Bilakah masa sesuai untuk saya boleh mulakan mengambil perancang seperti biasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, pengambilan pil perancang kehamilan adalah bergantung kepada jenis pil perancang kehamilan yang anda ambil. Pengambilan pil perancang biasanya adalah perlu setiap hari.
Jika anda lupa mengambil pil, teruskan pengambilan pil apabila teringat semula dan teruskan pengambilan pil yang seterusnya pada masa yang lazim diambil. Jika jangka masa terlupa melebihi 12 jam (terutamanya bagi pil pertama atau terakhir pada paket) pencegahan kehamilan mungkin tidak berapa berkesan.
Oleh itu sebaik saja ingat, teruskan saja pil yang sepatutnya diambil macam biasa. Oleh kerana ia mungkin tidak lagi berkesan, pasangan perlu mengambil langkah lain selama tujuh hari untuk menghalang kehamilan. Jika tujuh hari ini menjangkau melebihi paket yang ada, mulakan dengan paket baru tanpa berhenti selama tujuh hari.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.