
Sulit
4 tahun
Bolehkah wanita menyusu hamil sedangkan belum datang bulan?
Salam doktor, saya berusia 37 tahun, saya baru bersalin anak ke 3 pada jun tahun lepas… Anak saya kini berusia hampir 10 bulan, untuk makluman doktor saya belum lagi datang bulan kemungkinan kerana baby saya full BF, soalan saya baru2 saya saja cuba buat pregnant test, semasa test dijalankan bacaan HCG -, Tetapi selepas 24j bila saya tgk balik kit test tersebut seakan2 double line tetapi kabur… Adakan bacaan selepas 24j itu boleh digunapakai? Bolehkan saya hamil sedangkan sayang belum datang bulan. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang potensi kehamilan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan yang kurang tepat.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Umumnya penyusuan bayi boleh menjadi salah satu kaedah perancangan keluarga, namun adalah lebih baik anda mendapatkan nasihat yang lebih komprehensif agar perancangan keluarga anda lebih efektif.
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.