
Sulit
5 tahun
Bolehkan check pregnancy ketika period?
saya wanita 20’an. sekarang ni, saya lewat period dalam 2 hari, kemudian keesokan harinya keluar darah. saya akui saya ada menjalani hubungan seksual dalam minggu lepas atau 2 minggu lepas. start keluar period sehingga hari ini, hari ini merupakan hari ke 6 tapi sudah tiada darah kelihatan. adakah boleh saya check pregnancy pada ketika ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda datang haid seperti biasa setelah menjalani hubungan seks, anda tidak hamil. Oleh itu, anda tidak perlu melakukan ujian kehamilan. Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang, anda disarankan untuk menggunakan perlindungan seperti kondom atau pil perancang.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.