
vilinajunior
6 tahun
Bolehkan makan ubat turun bengkak (papain) selepas minor surgery gigi bongsu?
Saya wanita sudah berkhawin dan mempunyai seorang anak, saya ada melalukan minor surgery untuk gigi bongsu, dan sekarang sangat bengkak, tekak pun sakit bila menelan, bolehkan saya makan ubat untuk turun bengkak(papain)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan ubat anti-bangkak seperti Papain boleh diambil sekiranya berlaku bengkakan pada gusi akibat prosedur yang dilakukan. Namun sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, sukar menelan makanan dan sakit yang berterusan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























