
Sulit
4 tahun
Bolehkan migraine menaikkan bacaan diastolic?
wanita 36 tahun…bolehkan migraine menaikkan bacaan diastolic? bacaan saya lingkungan 97/86…saya sensitive dengan cahaya dan bunyi, sakit kpala dan pening… jugak berasa sakit antara kening dan mata…ada kala berasa loya dan tidak selera makan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Dalam bacaan tekanan darah, bacaan yang konsisten iaitu bacaan yang diambil beberapa kali adalah lebih penting dari bacaan sekali atau berkala. Sebarang tekanan atau stres seperti migrain atau sakit kepala boleh menyebabkan tekanan darah naik mahupun diastolik ataupun sistolik. Bacaan tekanan darah anda yang rendah pada sistolik adalah lebih membinbangkan jika ia adalah bacaan yang paling konsisten dan boleh menjadi faktor kepada sakit kepala yang anda alami.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.