
Sulit
4 tahun
Bolehkan saya hamil?
Hi doctor, saya telah melakukan hubungan seks di waktu saya subur. And after around 2-3 hours, saya dapati ada lendihan jernih yang keluar di faraj saya. Apakah itu doctor? And bolehkah saya hamil jika saya melakukan seks di waktu subur tapi apa haritu sahaja. Hope doc bole explain. Tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, risiko untuk anda hamil adalah tinggi kerana anda melakukan hubungan seks pada waktu subur. Walaubagaimanapun, secara amnya untuk mengetahui waktu kesuburan seseorang adalah agak sukar. Waktu subur wanita kebiasaannya berlaku pada sekitar hari ke 11-16 kitaran haid. Untuk mengetahui jika anda hamil, anda boleh melakukan ujian kehamilan seminggu selepas haid lewat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.