
Sulit
4 tahun
Bolehkan saya mengambil semula pil perancang selepas seminggu berhenti. Adakah perlu mula pil pertama atau ambil pil seterusnya
Saya mengamalkan pil perancang nordette selama 2 tahun. Baru² ini selepas period sepatutnya saya mula dengan pack baru. Tapi saya skip seminggu dan bersama menggunanakan kondom. Selepas seminggu saya kembali mengambil pil yang pertama. Adakah boleh?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Untuk makluman anda, pil perancang nordette mempunyai jenis pil yang datang dengan 2 jenis pek iaitu pek 28 biji, dan 21 biji. Pek nordette 28 biji tersebut mengandungi 21 biji akif dan juga 7 biji inaktif (bermaksud ia tidak mengandungi hormon untuk mengawal kehamilan). Manakala bagi pek nordette 21 biji pula, ia mengandungi 21 biji ubat yang aktif.
Ubat nordette harus dimakan setiap hari agar ubat tersebut berfungsi. Oleh itu, pengambilan nordette yang terlambat akan menganggu fungsi utama tersebut dan kehamilan boleh berlaku. Namun dari segi situasi anda, penggunaan kontraseptif lain seperti kondom boleh membantu mengelakkan daripada kehamilan anda.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda jika terdapat kesan sampingan seperti muntah, loya, sakit payu dara serta kaki atau lutut bengkak. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami untuk mengetahui informasi lebih lanjut.
Terima kasih.