
Sulit
4 tahun
Bolehkh mkn ubt klinik cmpur ubt hospitl?
Sy ada tyroid.kta doktor tyroid sy normal.saat ini bdn sy pns dn sy hndk mkn ubt dr hospitl…sblm ini sy ada mngmbil ubt camazol dr klinik…ble kavsy ambil propranolol dr hosptl?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami percaya bahawa Doktor tersebut telahpun melakukan prosedur yang betul berdasarkan masalah yang anda hadapi. Doktor yang berada di fasiliti kesihatan tersebut juga telah memberikan ubat yang bersesuaian dengan kondisi kesihatan anda. Pihak kami berharap, anda dapat mematuhi setiap nasihat dan rawatan yang diberikan oleh doktor. Setiap pengambilan ubat perlulah mendapat kebenaran daripada doktor, pastikan anda mengambil ubat mengikut kadar dos yang ditetapkan.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih