Sulit
3 tahun
Bolehkh mngmbil mknn kesihatan klau ada pnyakit tiroid
Sy wnita 22 thn mmpunyai pnyakit tyroid…soalan saya adakh sy boleh mngambil mknn kesihatn seperti teh luchun lingzhi utk pnyakit tyroid sya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, setakat yang saya tahu, lingzhi hanyalah ubatan herba yang dipercayai boleh menyembuhkan beberapa kondisi. Sekiranya tiada kontraindikasi untuk anda mengambilnya, maka terserahlah kepada anda untuk mengambil atau tidak. Namun anda harus ingat ia hanyalah herba tambahan dan bukanlah penyembuh sebenar kepada penyakit tiroid. Sila ambil ubatan hospital yang dipreskripsi untuk menyembuhkan masalah tiroid anda.
Anda juga perlu berwaspada akan kesan sampingan lingzhi. Jangan lupa untuk semak produk-produk sampingan sebegini dengan KKM terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.