
Sulit
4 tahun
Bolehlah mkn ubat utk kolestrol tinggi ketika dlm proses rancang kehamilan
Sy wanita brumur 40thn.sdg merancang utk hamil. Pd masa skrg sy sdg ambil ubay simvastatin 40mg.adakah ubat ini sesuai diambil oleh sy pd masa skrg? (sy sedang menunggu period sy hujung bln ini)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kesan ubat simvastatin terhadap kesuburan wanita merupakan suatu hal yang masih diperdebatkan. Banyak penyelidikan dijalankan untuk mengetahui kesannya yang sebenar terhadap kesuburan wanita. Namun, bagi wanita yang sedang mengandung, golongan ini perlu mengelak daripada mengambil ubat tersebut (kontraindikasi). Kontraindikasi yang lain termasuk pada golongan yang mempunyai masalah organ hati, sedang menyusukan anak atau sedang dalam pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih