
Sulit
3 tahun
Bolekah pesakit asma dan alahan pada ubat (nsaids) terima vaksin covid19
Saya adalah wanita yang berumur 47 thn. Saya telah mendapat tarikh untuk suntikan dos pertama vaksin covid19 pada 8/7/21 ini. Saya adalah pesakit asma dan alahan pada ubat nsaids. Bolehkan saya mengambil vaksin tersebut. Saya ada terbaca ada penerima yg mengalami bengkak pada lidah dan tekak. Ini menakutkan saya.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa kategori orang yang tidak dinasihatkan mengambil vaksinasi Covid-19. Antaranya:
- wanita mengandung
- ada alahan
- mempunyai gangguan imunisasi
- kanak-kanak
Selain itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya anda boleh berunding mengenai vaksinasi anda. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini