Sulit
2 tahun
Bolekah saya bertukar2 jenis pil perancang?
sebelum ni saya makan pil oralcon selama beberapa tahun, kemudian saya stop saya makan pil yasmin pulak… kemudian sy rasa tak serasi saya bertukar pil oralcon semula… boleh kah doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sebelum menggunakan pil perancang. anda perlu dapatkan nasihat daripada doktor mengenai panduan penggunaannya kerana setiap kaedah perancang keluarga mempunyai kesan sampingan yang berbeza beza mengikut pada kesesuaian indidvidu. Justeru amat penting untuk anda dapatkan konsultasi daripada doktor mengenai pengambilan pil perancang ini. Pil perancang boleh diubah sekiranya anda berhadapan dengan kesan sampingan pada pil terdahulu, namun anda perlu maklumkan perkara ini kepada doktor yang merawat anda. Beliau akan tentukan pil perancang yang lebih sesuai untuk diambil. Elakkan pengambilan pil secara berlebihan mengikut dos yang ditetapkan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.