Sulit
3 tahun
Bonjolan dalam hidung
Saya wanita 37 tahun, penerangan yang saya ingin tanyakan berkenaan dengan anak saya berusia 6 tahun, mengalami bonjolan dalam hidung dan hampir menutupi seluruh lubang hidungnya, soalan saya adakah bonjolan tersebut merbahaya bagi kanak2 seusianya, kerana dia tidak dapat bernafas dgn baik dan saya amat khuatir dengan keadaanya. apa yang perlu saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanya tentang benjolan dalam hidung anak anda yang menyebabkan dia sukar bernafas. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, gejala ini boleh berlaku akibat perkara seperti:
- Polip hidung
- Bisul atau nanah dalam hidung
- Ketumbuhan lain di dalam hidung
Memandangkan masalah ini telahpun menyebabkan anak anda sukar bernafas, anda amat perlu membawanya berjumpa doktor denagn segera bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Harap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.































