Sulit
5 tahun
Bonjolan pada bahagian peha Kanan bekas jahitan
Salam sejahtera . Saya ber umur 23 tahun. Saya pernah patah peha Kanan pada tahun 2014 . Jadi kaki Saya dimasukkan plate Masa pembedahan tersebut. 4 minggu lepas Satu bonjolan muncul pada peha Saya iaitu di bekas jahitan peha Kanan Saya. Saya pergi ke hospital. Dan diberikan ubat bengkak. Saya makan selama seminggu setelah itu bonjolan tersebut hilang. Minggu lepas bonjolan tersebut muncul kembali lebih besar Dan lebih sakid mengakibatkan Saya susah untuk bergerak. Dan bila Saya tekan bonjolan tersebut . Dia seakan macam Ade air didalam. Semalam Saya Ade cucuk jarum pada bahagian itu. Dan seakan air keluar dari bahagian itu. Ape pendapat doktor. Adakah itu nanah. Buad Masa Ni Saya takut nak ke hospital kerana Covid 19. Terima kasih .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Cacar air
Pemfigoid Bulosa
Herpes
Impetigo
Nasihat saya, jangan pecahkan benjolan tersebut. Ini boleh mendedahkan ia terhadap jangkitan. Selain itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Saya faham kebimbangan anda untuk ke hospital atau klinik memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus. Akan tetapi, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































