
khairi3079
4 tahun
Bonjolan pada ketiak
Sya berusia 24 tahun. Sya sebar ade bonjolan pada ketiak disebalah kiri sya. Adakah ini serius dan cara mengatasi nya bagaimana.trima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah benjolan pada ketiak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Masalah yang anda hadapi ini boleh berlaku pada masyarakat lain. Jika anda mengalami demam, selesema, batuk, anda perlu mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor terdekat atau hubungi kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.