
Sulit
3 tahun
Booster Pfizer ibu menyusu
Salam… Anak saya umur 2 tahun mengalami ruam teruk badan merah menyala dan gatal badan selepas menyusu badan isteri pada hari ke dua selepas vaksin booster pfizer… sebelum ini dia mengambil vaksin sinovec 2 dos dan booster pfizer… … Patut ka saya bawa anak ke hospital utk dapatkan rawatan atau adakah benar ia kesan dari booster ibu kepada anak menyusu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak anda menghadapi masalah ruam dan gatal di badannya. Anda ingin mengetahui jika masalah ini adalah disebabkan vaksin booster yang telah diterima oleh isteri anda. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Secara umumnya ruam bayi anda boleh disebabkan oleh:
- alahan kulit akibat cuaca, suhu, haba, habuk, dll.
- eczema
- dermatitis kontak iritasi
- faktor kuman atau kebersihan
- gangguan akibat kulit berpeluh
Saya tidak dapat memberikan kenyataan yang spesifik tentang masalah ini kerana maklumat lanjut adalah diperlukan.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.