namasayamus
4 tahun
BPPV dan perasaan berpinar, adakah berkaitan?
Saya pernah di diagnose mengalami BPPV with rhinosinusitis pd April 2019. Kebelakangan ni sy mengalami gejala berpinar seketika sebaik bangun dari bersila (di surau selalu berlaku). Adakah ia ada kaitan dgn BPPV?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- BPPV
- Jangkitan telinga
- Meniere’s syndrome
- Ketumbuhan pada telinga seperti Acoustic Neuroma (sangat jarang)
Memandangkan anda telah mendapat diagnosis BPPV, kebarangkalian untuk ia berulang sekali lagi amat tinggi. Namun begitu, kita tidak boleh menolak penyakit lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.