
Sulit
4 tahun
Braces memberi mudarat atau manfaat
saya nak minta pandangan dri doktor. memakai braces lebih cenderung kpd kebaikan atau keburukan ye? mungkin dlm jangka masa yg pnjg… sy ada dengar bhwasanya, klau kita pakai braces ia akn mmberi ksn negatif kpd diri pd masa hdpn? adkh bnar?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai kebaikan daripada melakukan rawatan braces atau pendakap gigi seperti:
- Mencegah penyakit gusi
- Mencegah gigi rapuh
- Mencegah gigi berlubang
- Bantu dalam pencernaan
- Mencegah daripada kecederaan pada gigi dan gusi
- Membantu dalam meningkatkan keyakinan diri
Kesan sampingan atau keburukan pendakap gigi bergantung pada penjagaan gigi anda sewaktu tempoh memakai pendakap gigi.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.