Sulit
5 tahun
Breast keluar cecair seperti susu
saya berumur 22 dan belum berkahwin. breast sye keluar cecair seperti susu.Apabila sye rs tidak selesa sperti gatal di puting sye.sye picit breast dan keluar cecair kuning sperti susu.melekit dan tiada bau. Adakah ini normal? atau tanda2 awl?.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada payu dara
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat tahan muntah
- ketumbuhan pada otak yang menghasilkan hormon prolaktin iaitu hormon yang meningkatkan kandungan susu, prolactinoma
- kanser payu dara (namun jarang bagi pesakit yang berusia 20-an
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































