
Sulit
4 tahun
Breast sakit dan keluar cairan seperti nanah
Hi doc… Sy ade masalah breast terase sakit bhgian atas dan ade benjolan mcm bgkak susu… Tapi sejarah breast belah kanan ni anak² xnak nyusu jadi sy mmg tak perah lps abis pantang… Tp sejak 8 bulan lps nak berhenti nyusu jadi kes gatal² pada awal nye lepastu berdenyut² dan skrg ade benjolan… Waktu siang rase keras membengkak tp mlm surut sikit… Bile picit niple ade kua warna kekuningan mcm nanah mule² igt susu tp bile melekat pada bra rupenya nanah. Sy dah risau ni doc bantu sy… Ape perlu sy buat dan ape kmgkinan penyakit ni doc. Terima kasih…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Namun, gejala puting payudara sakit dan bernanah selalunya diseabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria yang boleh menyebabkan keradangan atau penghasilan abses (kantung air) pada payudara Mastitis . Ia mungkin berpunca daripada kedatangan kegatalan pada seluruh badan yang anda hadapi sebelum itu. Terdapat beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan masalah tersebut iaitu:
- Penyakit cacar atau kayap yang merebak ke payudara
- Keradangan atau alahan pada kulit ( Dematitis )
- Jangkitan herpes simplex
- Jangkitan Syfilis yang merebak
- Alahan pada makanan dan ubat atau pada kulit yang boleh disebabkan oleh pemakaian, sabun dan sebagainya.
- Jangkitan virus Molluscum Contagiosum
- Ekzema yang menyebabkan keradangan pada payudara.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera bagi mendapatkan punca masalah anda dengan lebih tepat demi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Kemungkinan masalah yang terdapat pada payudara merupakan salah satu komplikasi yang berlaku disebabkan oleh penyakit-penyakit yang tersenarai di atas.
Menurut dengan situasi anda ketika ini, kami tidak pasti sama ada masalah yang anda hadapi ini adalah berkait dengan kanser payudara. Namun, berikut merupakan simptom-simptom yang bakal dihadapi jika seseorang itu mengalami kanser payudara, iaitu:
- Ketulan pada payudara ataupun saiz dan bentuk payudara tidak bersekata.
- Pengeluaran cecair jernih atau darah daripada puting
- Benjolan pada kawasan ketiak atau payudara
- Puting yang berbentuk songsang ke dalam
- Perubahan warna kulit payudara
- Sakit payudara atau kegatalan
- Simptom-simptom kanser am seperti keletihan, penurunan berat badan, serta tiada selera makan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.