
Sulit
5 tahun
Breastfeed untuk baby
Saya wanita berumur 34 tahun dan ingin mengambil anak angkat, saya telah memakan domperidone selama 2 bulan untuk induce air susu, tetapi buat masa ini sy belum lagi ada setitik air susu pun… Apa yang perlu saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebelum mengkonsumsi, anda perlu terlebih dahulu memastikan dos ubat yang sesuai untuk indikasi pengeluaran susu ibu ini. Malah, harus diketahui bahawa domperidone bekerja dengan menurunkan kadar hormon dopamine sekaligus mencetuskan kenaikan hormon prolaktin. Hormon prolaktin yang meningkat justeru mencetuskan pengeluaran susu ibu. Sekiranya anda telah mengambil domperidone dengan dos yang sesuai namun tidak berjaya, sebaiknya anda merujuk ke doktor/ ahli farmasi agar dapat diberikan ubat yang lain bagi menstimulasi pengeluaran susu ibu.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.