
crystal_sii
5 tahun
Breastfeeding use dhamotil
salam, sy telah makan ubat dhamotil pada hari ini jam 1230pm dengan 1 biji dan saya stop breastfeed anak sy yg berumur 4 bulan hari ini. mau tanya bila sy dpt continue breastfeed anak sy lagi…sekian tk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan carian akademik kami, Dhamotil mengambil masa 12-14 jam untuk di buang dari sistem badan anda. Walaupun tiada kajian yang menunjukkan kesan sampingan ubat ini kepada bayi anda yang masih menyusu, anda digalakkan untuk menyusu bayi anda setelah tempoh yang dinyatakan di atas.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.