
anizabaser
5 tahun
Brown and red discharge after 7 days period
Hi… Sye berumur 35 thn… Bru abis period dlm sminggu but dlm 2 hari keputihan teruk…dn smlm ad brown spotted and today warnenye dah seakan darah.kenape ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Jawapan ini ialah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.