
lchinseng
4 tahun
Brown Mucus, Kahak Berwarna Coklat
Hi, I’m 23 Years Old. Tiada Sejarah travel to any infected country. BUT This morning Sy Ada Brown mucus. And Abit gatal tekak. Batuk yg tidak severe. Just dlam 1jam Sekali or dua Kali ja batuk. Tidak demam, tidak selesma. Tidak lemah badan. Just make Tanya knpa Ada Brown mucus and what is the possibility of me getting Covid-19?

5 tahun
Untuk makluman anda, batuk berkahak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- jangkitan tibi
- trauma pada tekak
- jangkitan pada tonsil
- jangkitan kuman pada paru-paru
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.