Sulit

5 tahun

Brown vaginal discharge

Saya wanita berumur 20 an dan saya mengalami keputihan berwarna coklat serta kram dibahagian bawah perut dan vagina terasa panas, agak pedih. Apa perlu saya buat dan mengapa ia terjadi ?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah keputihan berwarna coklat dan sakit bawah perut disertai dengan kawasan faraj yang terasa panas dan pedih. Untuk makluman anda, keputihan yang berwarna coklat boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:

  • Ketulan darah yang terkumpul dari haid lepas
  • Penyakit sista ovari. (disertai dengan sakit abdomen bahagian bawah)
  • Penggunaan hormon perancangan yang ditanam
  • Kehamilan
  • Jangkitan STI

Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.

Mengenai masalah anda, kemungkinan penyakit yang anda alami adalah berkait dengan jangkitan STI atau sexual transmitted infections kerana jangkitan ini boleh menyebabkan keputihan berwarna coklat serta sakit bahagian rahim dan menyebabkan kegatalan dan kepedihan pada ruang vagina. Namun, keputihan coklat tersebut mungkin berbau busuk jika ia disebabkan oleh jangkitan STI.
Antara jangkitan STI yang diketahui ialah:

  • Jangkitan herpes
  • Jangkitan kulat
  • Jangkitan HPV (ketuat kelamin)
  • Syfilis
  • Jangkitan virus seperti Molluscum contagiosum
  • Jangkitan bakteria seperti bakteria vaginosis

Kadangkala jangkitan pada alat kelamin tidak semestinya boleh terjangkit hanya melalui hubungan seksual. Ia juga boleh terjangkit melalui penukaran darah atau pendermaan darah dan juga melalui sentuhan. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mengelakkan komplikasi jangkitan STI iaitu penyakit keradangan pelvis (PID) yang boleh menjejaskan kesihatan seksual serta kesuburan anda.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Jangan biarkan masalah keputihan menganggu kehidupan seharian anda. Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan.

womananddoctor%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)