
Sulit
5 tahun
Buah dada puting ada ketulan besar
Saya wanita yang berumur 44 tahun belum kahwin. Buah dada puting saya ada satu ketulan dan ketulan itu semakin besar dan keras. Saya ingin pergi women specialist check tapi mak cik saya cakap patut pergi BP Lap check jadi saya patut pergi mana check…?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan faktor umur anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor diklinik bagi pemeriksaan buah dada dan kesihatan secara menyeluruh. Sekiranya terdapat keraguan, mereka akan mengeluarkan surat untuk dirujuk kepada doktor pakar (samada swasta atau kerajaan) dan dari situ anda akan dapat membuat temujanji dengan doktor pakar jika perlu. Kami tidak tahu jika klinik BP Lap ada membuat khidmat pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemeriksaan buah dada (secara bertauliah) ataupun tidak. Oleh itu, langkah yang lebih baik adalah untuk membuat pemeriksaan di klinik (swasta/kerajaan) bagi mengikuti langkah-langkah yang seterusnya. Sekian