
Sulit
4 tahun
Buah kanan besar sebelah
Salam doktor,testis kanan suami sy besar sebelah, pd mulanya senak kemudian besar sebelah kanan, kenapa ye? Setakat ni takde rasa sakit cuma tak selesa… tolong sy doktor…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang sedang anda dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Selain daripada disebabkan sakit penyakit, kondisi testis besar sebelah boleh disebabkan oleh variasi saiz testis. Perlu diketahui bahawa saiz testis setiap lelaki tidak semestinya sama untuk kedua belah dan perkara ini merupakan perkara yang normal. Namun jika perbezaan antara testis terlalu besar, keadaan ini boleh menjurus kepada sakit penyakit. Antaranya:
- Angin pasang (hernia)
- Epididymal cyst
- Hydrocele
- Orchitis
- Kecederaan trauma
- Kanser testis
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Jika anda mengalami simptom seperti berikut, sila dapatkan khidmat kesihatan dengan kadar segera:
- Sakit pada testis yang bengkak
- berubah warna kemerahan atau biru
- Saiz testis bertambah besar dengan drastik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.