Sulit
3 tahun
Buah pinggang cedera
assalamualaikum/salam sejahtera doktor,saya nk bertanya apakah luka buah pinggang boleh sembuh?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak faktor yang menyebabkan luka pada buah pinggang dan ia pada bergantung pada tahap dan penyakit buah pinggang yang anda alami. Sebagai contoh penyakit buah pinggang yang kronik tiada ubat untuk menyembuh tetapi hanya ubat untuk mengawal gejala-gejala yang dihadapi dan mengurangkan komplikasi yang boleh berlaku.
Jika buah pinggang yang rosak dengan teruk, rawatan seperti dialysis dan transplant perlu dilakukan. Disebabkan saya tidak mengetahui keadaan anda yang sebenar saya tidak boleh memberikan kesimpulan sama ada luka pada buah pinggang anda boleh disembuhkan atau tidak. Pelbagai maklumat perlu dipertimbangkan sebelum mengeluarkan diagnosis, oleh itu, saya sarankan anda untuk membuat ujian lebih lanjut dan mendapatkan nasihat dari doktor pakar.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.