
Sulit
3 tahun
Buang air berdarah selepas pembedahan membuang batu karang
Hi, sy baru shj menjalani pembedahan membuang batu karang, namun hingga kini hari ke 12 selepas pembedahan, bila sy buang air kecil, msih ada darah. Doktor telah memasukkan sten ke saluran pmbuangan air kcil. Boleh jelaskan kenapa ia berlaku. Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Luka pada saluran kencing akibat batu karang
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory disease )
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan punca masalah anda dapat dicari dan seterusnya mendapatkan rawatan. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.