
yaniemalik10
5 tahun
Buang air besar berdarah dan kerap sembelit dan cirit
Saya wanita berusia 35tahun…saya mengalami berak berdarah…saya juga kerap sembelit diselangi dengan cirit birit…kerap rasa mual…pening…perut xselesa…saya juga kerap letih…untuk pengetahuan doc saya pernah menjalani pembedahan tiriod tahun 2015…kn ubat tiroxin…adakah msalah saya ni berkemungkinan dr tiriod…tq doc…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah pada sistem pencernaan boleh dipengaruhi oleh hormon tiroid.
Bagi masalah hormon tiroid berlebihan boleh menyebabkan cirit birit, manakala hormon tiroid yang kurang pula boleh menyebabkan sembelit.
Namun, terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!