
khaihirah95
5 tahun
Buang air besar cair
Adakah normal jika mengandung buang air besar cair setiap hari? selepas makan je mesti rasa nak ke tandas… saya juga ada masalah untuk makan sejak mengandung… Semua benda susah nak makan… Kadang2 bau pon tak boleh… adakah bahaya untuk kandungan saya… Sekarang batu 6 week 6 day

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- normal bagi wanita hamil
- keracunan makanan
- Irritable bowel syndrome
- serat yang berlebihan
Namun, anda harus memastikan anda minum air kosong yang mencukupi dan makan makanan yang sihat. Apabila anda mengalami masalah seperti tidak boleh bertahan dengan bau-bau, hal ini adalah alahan yang sering dialami pada awal kehamilan. Kebiasaannya, ia akan berkurangan sejajar dengan usia kandungan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.