
Anonymous
6 tahun
Buang air besar dan turut sekali keluar darah
Hi doktor. Saya berumur dalam awal 20 an. Saya selalu buang air besar dan akan ada juga sekali dengan darah. Terutamanya bila saya sembelit atau makan pedas. Dan bila sekali berdarah, berhari hari juga ambil masa untuk sembuh. Adakah ini normal? Terima kasih doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.