
Anonymous
5 tahun
Buang air besar keluar darah
Saya wanita 20’an dan mengalami buang air besar keluar darah. Setiap kali saya hendak membuang air besar najis permulaan yang keluar keras tetapi najis seterusnya lembut seperti biasa. Bila najis permulaan itu keluar memang rasa sakit dekat daerah situ sebab keras. Ia pedih dan sakit dan keluar darah. Persoalannya, kenapa permulaan najis hendak keluar keras tetapi najis selepas itu lembut, adakah Ia dikategori sembelit? Dan adakah tempat darah itu luka atau sebaliknya? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selalunya disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik
- Radang usus
- Kanser kolorektal
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.