
Sulit
4 tahun
Buang air besar putus-putus
Saya lelaki berumur 21 tahun mempunyai gastrik dan telah merujuk doktor. Saya juga mempunyai tabiat membuang air besar pada setiap hari. Semalam saya telah membuang air besar pada waktu pagi, sesudah itu waktu tengahari buang air besar dengan najis kuantiti sikit dan pada waktu petang, saya sekali lagi membuang air besar seperti cirit birit. Adakah saya mengalami penyakit atau ia berkaitan dengan penyakit gastrik ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi kerap buang air besar tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan seperti cirit-birit. Untuk makluman anda, berak cair boleh disebabkan oleh pemakanan seperti memakan makanan pedas. Masalah seperti kekurangan air dalam badan dan sembelit juga boleh menyebabkan berak cair.
Namun begitu, masalah lain yang lebih serius juga boleh menyebabkan perkara ini. Antaranya:
- Masalah penghadaman seperti radang usus
- Jangkitan bakteria di dalam usus
- Ulser usus
- Luka pada dubur
- Usus tersumbat
- perut yang sensitif seperti irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala yang anda alami mengganggu aktiviti harian anda untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih