
Sulit
4 tahun
Buang air kecil sikit2
Sya wanita umur 27 tahun, masaalah sya kencing sikit2 kluar dn sakit pundi kencing, sbbnya sya kadang2 tahan kencing,terlalu sibuk, jadi kdang tahan kencing sakit btl ngilu sakit, apa kh yg perlu sya buat docter?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Jangkitan kelamin
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana gejala yang dialami memerlukan perhatian doktor.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda juga mempunyai gejala di bawah:
- Demam
- Sakit perut dan ari-ari
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Air kencing bercampur darah atau nanah
- Terdapat cecair berbau keluar daripada faraj
- Pening kepala
- Lemah badan
- Loya dan muntah
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.