
Sulit
4 tahun
Buang Najis berdarah
Suami saya berumur 50 an…2-3 Hari ini dia mendalami masalah buang najis Dan mengeluarkan darah…Dan mengalami kesakitan…apekah masalah suami saya Dan cadangkan cara penyelesaian utk suami saya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Antara punca yang boleh dikaitkan dengan kondisi kesihatan anda saat ini, termasuk:
- Buasir
- Fisur dubur (Anal fissure)
- Polip usus atau Familial adenomatous polyposis (FAP)
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis, Chrons DIsease, dll.)
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- mahupun kanser usus
Umumnya, saya sarankan anda untuk meneruskan pelan rawatan yang telah diberikan oleh doktor anda. Namun sekiranya terdapat gejala baru yang muncul atau jika gejala-gejala tersebut berlarutan atau bertambah, sila berjumpa dokter anda dengan kadar segera.
Sila berjumpa doktor anda untuk mendapatkan kepastian, atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.