
iezulmat11
5 tahun
Buasir batuk dn sesak nafas
Saya lelaki berumur 30 saya batuk dn sesat nafas bile tak buang air besar dalam masa 2 3 hari dn buang air kadang2 warna hitam keras… Dan mlm niey buang air besar yang keluar hanyalah lendir berwarna merah bersama lendir itu… Bukannya najis y keluar… bolehkah doctor jelaskan kenapa saya alami itu semua…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Manakala, untuk masalah sesak nafas yang tuan alami berkemungkinan disebabkan kekurangan darah merah (anemia).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.