
Sulit
4 tahun
Buasir, berak berdarah, sakit bila kentut dan berak
Saya berusia 38tahun. Sudah lama berak keluar darah. Dalam 3,4 tahun. Tapi bila makan pedas shj keluar. Sabtu lepas, saya sakit sangat bahagian bawah, dan pergi klinik doc cakap peringkat awal. Tiada kbimbangan… tapi selepas makan ubat daflon500 n ubat masuk bawah ( sbiji) still sakit. Now lepas buang hadas besar… sakit kembali. Adakah saya perlu ambik cream atau anucare ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Antara punca yang boleh dikaitkan dengan kondisi kesihatan anda saat ini, termasuk:
- Buasir
- Fisur dubur (Anal fissure)
- Polip usus atau Familial adenomatous polyposis (FAP)
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis, Chrons DIsease, dll.)
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- mahupun kanser usus
Umumnya, saya sarankan anda untuk meneruskan pelan rawatan yang telah diberikan oleh doktor anda. Namun sekiranya terdapat gejala baru yang muncul atau jika gejala-gejala tersebut berlarutan atau bertambah, sila berjumpa dokter anda dengan kadar segera.
Lazimnya pemberian krim hanya di indikasikan pada kondisi buasir atau iritasi dubur yang ringan, sila berjumpa doktor anda untuk mendapatkan kepastian, atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.