
Sulit
5 tahun
Buasir & berat badan semakin turun
Saya wanita 20’an. ingin bertanya bagi pihak ibu saya. bulan 3 hari tu ada buat endoscopy di hospital dan doktor beritahu ada ketumbuhan 40 cm dari jalan keluar tempat buang air besar. sekarang tunggu untuk buat ct scan. sekarang ibu saya rasa sakit di tempat yang mengatakan ada ketumbuhan dan semasa buang air besar , terasa benda tajam keluar bersama najis. mohon pencerahan daripada doktor. dan apa ubat atau supplement yang boleh melawaskan untuk membuang air besar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi. Antaranya:
- buasir
- fistula pada anal
- radang rektum
Antara langkah-langkah yang boleh diambil anda bagi mengurangkan masalah buasir ini adalah:
- Makan sayur-sayuran dan makanan berserat banyak
- Perbanyakkan minum air kosong
- Tidak meneran dengan kuat ketika membuang air besar
- Seeloknya menggunakan tandas cangkung untuk membuang air besar
- Memastikan kebersihan pada kawasan dubur agar tidak dijangkiti kuman
- Tidak mengambil ubat yang boleh mencairkan darah seperti aspirin
Anda dikehendaki membawa ibu anda berjumpa dengan doktor segera sekiranya mengalami komplikasi seperti:
- Pendarahan yang sukar dikawal
- Merasakan ketulan buasir di luar dubur yang sukar ditolak masuk
- Jangkitan pada buasir - gejala seperti demam, kegatalan dan kesakitan pada kawasan dubur
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan ubat bagi melegakan kesakitan atau kegatalan pada kawasan dubur anda akibat buasir ini. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.