Sulit
4 tahun
Buasir Berdarah ketika membuang air besar
Salam doc, saya perempuan berumur 31 tahun. Saya menghidapi buasir sejak 5 tahun lalu…sudah membuat pemeriksaan d klinik dan doktor mengesahkan ada buasir dalaman dan luaran…lately buasir saya semakin teruk…selepas sahaja period habis buasair saya berdarah tidak berhenti walaupun saya tidak membuang air besar…badan saya lemah dan hampir pitam…sebelum ini doc ada memberi saya ubat untuk mengecutkan buasir tetapi tetap jga tidak reda…tahap kesihatan saya semakin merosot keran kekurangan darah…perlukah saya pergi membuat pemeriksaan lanjut d hospital doc?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala badan lemah dan hampir pitam ini adalah disebabkan oleh kehilangan darah daripada berak berdarah ini. Kekurangan darah yang membawa oksigen kepada organ yang penting seperti otak akan menyebabkan anda berasa lemah and pening.
Anda dinasihatkan untuk merujuk masalah ini kepada doktor rawatan anda dengan kadar segera kerana masalah berdarah hendaklah dihentikan sama ada dengan kaedah ubat atau pembedahan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.