
blasty37
5 tahun
Buasir Dalaman setiap kali buang air besar
Saya disahkan mengalami buasir dalaman dan telah berjumpa dengan doktor klinik. Sy juga telah mengambil ubat-ubat yg diberikan. Namun masalah tetap juga berlaku. Sy telah minum air yg banyak dan tidak mengambil makanan yang kurang serat tetapi masalah berdarah ketika buang air besar masih juga terjadi. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghalangkan perkara ini berlaku lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh diatasi dengan pelbagai perkara. Antaranya:
- gaya hidup seperti makan makanan banyak serat, ninum banyak air
- kurangkan aktiviti seperti mengangkat berat
- makan ubat yang diberi doktor
Namun, jika ia masih berlanjutan, anda disaranakan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi mengetahui samaada anda memerlukan rawatan pembedahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.