
Sulit
4 tahun
Buasir dan period tak menentu
Selamat sejahtera. Dr saya perempuan berumur 22 tahun belum berkahwin. Saya ada masalah buasir. Saya pernah ikat buasir saya pada tahun 2018. Tapi kejadian masih berulang sebab pada masa ini buasir saya ada yang terkeluar. Boleh saya tahu apa tindakan saya yang patut saya buat sekarang?
- saya juga ada masalah period tak teratur, saya susah datang period kadang2 2-3 4 bulan sekali, kadang2 sebulan sampai 2 kali, period saya selalu 2-3 hari sahaja. Saya pernah berjumpa dr untuk scan, dr di sana kata cyst saya hanya 2cm sahaja. Apa patut saya buat sekarang dr?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
Namun begitu terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid tidak teratur walaupun anda telah berjumpa dengan doktor seperti:
- tekanan emosi
- perubahan pada berat badan
- fibroid rahim
- masalah pada kelenjar tiroid
- sindrom polisistik ovari
Untuk makluman anda, buasir boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pemakanan serat rendah dan najis berkaliber yang lebih kecil menyebabkan seseorang mengalami ketegangan ketika mengalami membuang najis, meningkatkan tekanan di dalam pembuluh darah.
- Pengambilan cecair yang tidak cukup
- Kehamilan dikaitkan dengan pembengkakan buasir dan mungkin disebabkan oleh tekanan rahim pada rektum dan dubur.
- Perubahan hormon dengan kehamilan boleh melemahkan otot yang menyokong rektum dan dubur.
- Duduk berpanjangan di tandas boleh meningkatkan tekanan di dalam saluran darah buasir
- Obesiti
- Cirit-birit yang akut atau kronik
- Kanser kolon
- Pembedahan rektum sebelum ini
- Kecederaan tulang belakang
- Batuk dan bersin yang teruk
Kami tahu anda telah berjumpa dengan doktor dan dia mengikat buasir anda. Anda diminta untuk pergi berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!