
Sulit
4 tahun
Buasir dan susah membuang Air kecil
Saya wanita berumur 19 tahun. Saya mengalami buasir sejak berumur 17 tahun. Sekarang masalah buasir saya makin serius kerana saya selalu sakit perut teramat sangat seperti segugut dan rasa nak buang air kecil tetapi najis tidak maju keluar. Saya ambil masa yang sangat lama untuk membuang Air kecil. Kadangkala 3 atau 4 hari baru saya boleh buang air kecil. Saya sudah pergi ke hospital dan doktor telah memasukkan camera ke dalam dubur saya dan saya memang didiagnosekan buasir. Adakah ada cara yang mampu buat saya senang buang air kecil dan mengecutkan benjolan pada dubur saya?. Terdapat banyak jugak benjolan pada dubur saya dan ada yang dah terkeluar tapi boleh masuk balik. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang buasir.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sepatutnya anda bertanyakan kepada doktor yang merawat anda akan masalah ini kerana mereka lebih arif tentang kondisi anda. Anda tidak sepatutnya melepaskan peluang konsultasi bersama mereka. Walaubagaimanapaun, secara umumnya, buasir akan menyebabkan pendarahan semasa berak kerana benjolan ini mengandungi saluran darah yang banyak. Maka untuk merawat masalah ini, anda harus merawat buasir tersebut. Ubat yang anda ambil dari klinik harus diteruskan seperti yang disarankan oleh doktor anda. Kedua-dua ubat tersebut adalah untuk merawat saluran darah yang terdapat pada permukaan buasir tersebut. Selain itu, antara cara untuk mengatasi masalah di rumah adalah:
- Cuba jangan duduk berjam-jam dalam satu masa. Tetapi jika anda perlu, berehat - sekali setiap jam, bangun dan bergerak sekurang-kurangnya selama 5 minit.
- Masukkan jeli petroleum hanya di dalam dubur untuk membuat pergerakan buang air besar kurang menyakitkan.
- ‘Witch hazel’ (agen anti-radang yang menenangkan) pada buasir yang merengsa untuk mengurangkan kesakitan dan gatal-gatal.
- Jangan garu buasir, kerana ia membuat segala-galanya lebih teruk.
- Untuk membantu mengurangkan bengkak dan kerengsaan, guna krim steroid “over-the-counter” untuk kulit (bukan di dalam anus - di luar sahaja) dan pek sejuk . Anda boleh cuba krim haemorrhoid yang melegakan untuk melegakan gatal-gatal.
- Jika anda memerlukan penahan sakit, pertimbangkan untuk menggunakan paracetamol.
- Mandi selalu untuk menjaga kawasan dubur bersih, tetapi elakkan menggosok berlebihan terutama dengan sabun kerana dapat meningkatkan kesakitan.
- Jangan duduk di tandas selama lebih daripada lima minit pada satu masa.
- Mandi sitz (tetapi tidak panas) adalah terapi tradisional untuk buasir: duduk di dalam air suam selama 15 minit, beberapa kali sehari, terutamanya selepas membuang najis.
- Ubat tahan sakit seperti paracetamol, boleh membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh buasir. Produk dengan anestetik lokal boleh dipakai untuk merawat buasir yang menyakitkan.
- Jika anda sembelit, penggunaan julap dinasihatkan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutamya jika pendarahan anda berlarutan atau semakin banyak.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.