
Sulit
5 tahun
Buasir Mengandung Trimester Ketiga
Saya hamil 28 minggu dan mengalami masalah buasir. Apakah ubat yang sesuai untuk saya dapatkan? Adakah ubat seperti Neo-Healar boleh membantu? Merujuk tahap-tahap buasir di internet, saya di tahap ketiga.
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, buasir ketika mengandung merupakan perkara lazim yang dialami oleh wanita mengandung akibat daripada saiz kandungan yang besar dan berat menyebabkan tekanan fizikal kepada organ berdekatan dan juga saluran darah. Justeru itu, puan lebih mudah mengalami risiko buasir, Namun begitu, pembedahan merupakan pilihan terakhir para doktor dan hanya akan diberi berdasarkan tahap serius masalah buasir anda. Terlebih dahulu, doktor akan menasihati pesakit buasir yang mengandung untuk:
- Banyakkan pengambilan fiber atau sayur- sayuran serta buah- buahan.
- Sering melakukan aktiviti fizikal termasuklah berjalan untuk aliran darah yang lancar.
- Berendam dalam air mandi yang suam.
- Preskripsi krim atau ubat sapu pada buasir.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.