
Sulit
5 tahun
Buasir semasa mengandung
Saya mengandung 36minggu. 2 hari lepas ada buasir luaran, saya cuba untuk memasukkannya tetapi keluar balik. Suami ada beli ubat auncare (sumbat) utk saya. Adakah ianya selamat digunakan? Dan apakah ubat yg sesuai untuk melegakan buasir ini bagi ibu mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah buasir adalah biasa berlaku dalam kalangan ibu mengandung. Masalah ini berlaku kerana meningkatnya tekanan di dalam abdomen.
Bagi merawat masalah ini, anda amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor bagi mendapatkan ubat yang sesuai bagi anda dan kandungan. Jika ada, pendarahan yang berlarutan boleh menyebabkan kekurangan darah merah dan ini boleh memudaratkan. Untuk mengetahui risiko kelahiran dan masalah buasir anda disarankan untuk berbincang dengan doktor. Buasir boleh berulang, namun risiko boleh dikurangkan dengan langkah seperti:
- Perbanyakkan makanan serat
- Banyak minum air
- Elakkan mengangkat beban berat
- Rawat batuk berpanjangan
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.