
Sulit
4 tahun
Buasir,Sembelit,Perut Rasa Pedih2 tak selesa
Saya Lelaki Berumur 24 tahun… saya ad buasir,sembelit… tapi saya tertanya-tanya perut saya selalu x selesa, kadang pedih-pedih, kadang berangin, lambat makan dia jadi X selesa,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi, antranya:
- Asid refluks
- Gastrik
- Hiatus hernia
- Ulser perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.