Sulit
4 tahun
Buasir terkeluar bila buang air besar dan kena tolak masuk balik
Hai doc… Sy berumur 33thn… Mengalami buasir dh lama… Skrg nih buasir sy bila buang besar mesti kene tolak masuk blik bila selesai membuang… Kalau sembelit akan jadi teruk dan boleh luka dan berdarah… Kadang susah nak tolak masuk dan ambil masa untuk tolak masuk balik… Sy ada makan ubat juga… Elok sekejap je… Tp buasir tetap kene tolak masuk kedalam juga lepas buang air besar… Mtk nasihat dr doc…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang bagaimana mengatasi masalah biasir yang anda alami.
Kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan penerangan anda, masalah buasir yang anda alami adalah semakin berlarutan dan semakin teruk kerana tidak lagi boleh dilegakan dengan ubat sedia ada.
Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kembali perkara ini kepada doktor agar pemeriksaan dan rawatan tambahan boleh dilakukan.
Hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian dan rujukan kepada pakar sekiranya perlu.
Terima kasih.




































