
amiranis1101
5 tahun
Budak 2 tahun muntah semasa tidur
Saya seorang bapa mempunyai anak berusia 2 tahun.masalah yang saya hadapi anak saya batuk dan disusuli muntah pada setiap malam selepas tidur dalam sejam keatas.setiap kali muntah dia akan cuba keluarkan semua yg ada dalam perut dia.selepas tu dia akan tidur semula…jadi pada pandangan dokter ape yang perlu saya lakukan.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini boleh menjadi normal untuk muntah selepas batuk lebih-lebih lagi jika batuk tersebut sangat kuat dan kronik. Namun, masalah yang perlu dirawat buat masa ini adalah mencari punca anak anda batuk pada waktu malam. Antaranya:
- Asma
- Jangkitan Virus
- Jangkitan kuman pada paru-paru (Pneumonia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.